Cara Nak Dapat Pahala Dengan Mudah


Tips-tips mudah untuk kita dapat pahala. Saja aku nak berkongsi pada bulan puasa ne.Sape baca dapat pahala..hehe

Bangun pagi lihat muka ibu bapa

Lihat gambar Kaabah

Baca ayat Al-quran

Senyum

Muhasabah diri 

Beruntunglah mereka yang masih ada ibu bapa di dunia ne. Tapi ada yang tidak menghargai kerana menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Jangan buat macam tu. Syurga tu bawah tapak kaki ibu. Derhaka pada orang tua tak bau syurga la jawabnya. Tak payah tunggu sampai hantar ibu bapa ke rumah orang tua, berkata 'ah' pun dah termasuk dalam kategori anak derhaka.

Dibilik tidur atau ruang tamu eloklah gantung gambar Kaabah, sejuk hati melihatnya dari duk gantung gambar artis yang separuh bogel.
 
Banyaklah baca Al-quran lebih-lebih lagi bulan puasa ne. Jangan bila nak mati lidah keluar sampai ke dada sebab tak pernah menyebut kalimah Allah. Lepas magrib, ambil masa sekejap untuk baca Al-quran.
 
Senyum pun dapat pahala. Kalau jalan-jalan kat kampung tu, senyum la kat jiran ke untuk menyenangkan hati mereka. Tak luak pun senyuman tu. Rasanya kalau pahala tu dalam bentuk duit 24 jam kot orang senyum.

Muhasabah diri, cara paling mudah nak dapat pahala. Masa duk sorang-sorang tu fikir balik dosa yang kita buat sambil-sambil merenung langit dan tengok alam sekeliling. Bunuh cicak pun dapat pahala jugak. Mudah kan!



Post a Comment

5 Comments

  1. setuju sangat!
    sementara ibu bapa msih ada lagi di dunia ni n kat sisi kita,hargailah mereka..macam Che AR,hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan berdoa pada arwah abah Che AR..tapi Che AR masih ada ma..so,akan dihargai hgga akhir hyat Che AR,insyallah..harap masyarakat atau anak2 kat lua sna dpat hargai ibu bapa dgn sbaik2nya..jgn bila dh xde,bru nk myesal..dh x bguna lgi...

    ReplyDelete
  2. Hahaha....ada kesinambungan yg dpt dilihat di sini huhuhuhu ;)

    ReplyDelete
  3. kalo yang dah meninggal doa je la yg kita boleh sedekahkan..harap-harap anak-anak zaman skng ne tak jadi macam si tenggang..macam Che AR boleh lagi nak balas jasa ibu dengan jaganya elok-elok..insha allah,balasannya syurga.

    ReplyDelete
  4. azham : ade jugak kesinambungan tu. baca kat ur blog tadi.nice entry :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.