Tip Makanan Seimbang Semasa Sahur dan Berbuka

Tip dan panduan minggu ini akan memberikan beberapa cara untuk pelajar menghadapi bulan puasa dengan lebih bersedia tanpa rasa lesu dan mengantuk. Berikut ini beberapa panduan khusus ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

SEMASA SAHUR:

*Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat ketika sahur atau berbuka puasa. Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizil engkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencerna makanan yang banyak mengandungi serat. 
 

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putih pada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktu siang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk ketika belajar.

* Ambil vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka anda tidak perlu risau kekurangan zat itu.
 

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah, sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan. 
 
SEMASA BERBUKA

* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suam bagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untuk menambah tenaga dan kemudian rehat kira-kira setengah jam sebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbangan terlebih dulu pada pencernaan kita. 
 

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan. Jangan lupa solat terawih sekali ye :)

sumber : facebook

Post a Comment

0 Comments