Jangan korang salah faham pulak hukum haram makan telur penyu kat sini. Bukan haram dari segi agama, tapi haram dari segi undang-undang dan kemanusiaan. Ada banyak sebab mengapa korang tak patut makan telur penyu ne.
Sebab utama, penyu semakin pupus dan tabiat memakan telurnya akan memburukkan lagi keadaan. Namun, alasan ini tidak cukup untuk menewaskan kepercayaan tradisi bahawa telur penyu boleh menguatkan tenaga batin, satu daripada 1,001 sebab mengapa telur penyu menjadi rebutan sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan banyak wang mendapatkannya.
Sebab kedua, telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya. Bagaimanapun, alasan ini tidak cukup kuat untuk menghentikan keghairahan orang ramai memakan bahan yang kurang memanfaatkan ini. Telur penyu tetap menjadi rebutan sehingga penggemar sanggup membayar kira-kira RM2.50 sebiji telur sebesar bola ping pong itu. Sebab-sebab lain TENGOK SINI

Tak kesian ke dekat penyu yang bertelur tu sampai menangis nak keluarkan telur? Tak sempat nak tengok anak dia dah jauh lauk masuk dalam perut orang. Disebabkan penyu tu bukan manusia kita jadi tak kisah. Bayangkan kalau anak kita yang baru lahir tiba-tiba dilarikan orang. Apa korang rasa?
Dari sudut agama lain pulak ceritanya. Saya pernah berjumpa seorang imam yang mengatakan haram untuk manusia makan telur penyu kerana kita tahu haiwan itu sangat kritikal dan boleh pupus bila-bila masa.
Menurut Mazhab Syafie, makan telur penyu diharuskan kerana menyamakan telur itu berasal daripada air mani. Air mani adalah tidak najis menurut Mazhab Syafie. Menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali tidak boleh makan telur penyu kerana mereka berpendapat bahawa air mani adalah najis. Makan haiwan yang tinggal dua alam adalah haram menurut mazhab Syafie. Tetapi makan telur haiwan dua alam mempunyai khilaf sebagaimana dibincangkan di atas selagi telur itu tidak ada racun yang boleh memudharatkan.

0 Comments
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.