Sebenarnya, Saya Bukan Perokok!

Dalam entri semalam, aku ada tulis pasal cara nak berjimat cermat versi aku. Mungkin ada yang salah faham bila baca entri pasal ini. Salah satu point nak berjimat ialah dengan berhenti merokok. Bukan aku yang merokok dan nak berhenti..haha. Tapi aku bagi suggestion yang nak kahwin tu, berhentilah merokok..daripada beli rokok lebih baik simpan duit buat hantaran.

Mak aku awal-awal lagi bagitahu "Mana-mana anak mak yang hisap rokok, mak tak mengaku anak". Amacam? takut tak kena gertak macam tu? haha. Tak payah la korang merokok. Bazir wang, dapat penyakit percuma lagi. Asap rokok tu seribu satu racun ada.

Lelaki kata hisap rokok barulah nampak macho. Maybe nampak macho bila mulut berasap-asap macam naga kot. Perempuan tak nak lelaki yang hisap rokok sebab dia  tak nak orang yang dia sayang mati dulu..tacim tak?  



Tips untuk berhenti hisap rokok? Oh, aku takde tips untuk berhenti sebab aku bukan jenis perokok. Mana boleh cikgu hisap rokok..kena tunjuk contoh yang baik gitu..haha

Haha..korang memang blogger-blogger yang sempoi. Sekian penjelasan aku hari ini. Ok, kelas bersurai.


Post a Comment

32 Comments

  1. apa yang best sangat merokok tu..sekadar hisap asap..lepas tu hembus..bukan kenyang pun..haha

    ReplyDelete
  2. Yay, tempat Nick selfie sudah tukar tempat. Hahaha.

    Aku dengar pun gerun Nick mak kau cakap macam tu. Tak tenang la wei lawan cakap mak. Aku nak buat macam tu la kat anak-anak aku sok. Hehe. Thanks makcik, bagi idea pada saya.

    ReplyDelete
  3. wah! gud3..pyah nk cari lelaki yg xmrokok zman la nie..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...kurang sikit bajet di buang...hahaha...
    cepat sikit dik oii...
    nanti jemput cik akak kat sarawak ok..:)

    ReplyDelete
  5. Gambor tu kasi letak dialog la cekguu.

    Sekotak rokok dah boleh buat sekali makan kat kedai. Ayam separuh bole dapat dah buat masak kat rumah...

    ReplyDelete
  6. hihihi gud..
    dont try smoking :P

    ReplyDelete
  7. Cekgu2 tak elok merokok..tak macho pun..huhu...

    ReplyDelete
  8. @Aswan Azmy
    memang takkan kenyang pon.. melainkan beliau adalah jin. hoho


    nasib baik mak aku x pernah bagi warning camtu. haha..

    ReplyDelete
  9. bagus xmrokok...bukan senang nk dpt duit...dh dpt dihabiskan membeli penyakit..

    ReplyDelete
  10. salam. ehe bagus la kalau tak merokok...gudboy! haha

    ReplyDelete
  11. merokok??? dah la mahal...bazir duit...boleh bawa penyakit lak tu...bawa penyakit kat diri sendiri dan org sekeliling sekali...x ada apa pun untung merokok ni...pompuan mmg x suka lelaki merokok ... ok...so lelaki yg x merokok tu...point lebih la... :) ..

    jadi cikgu contoh ni... good afternoon sir.. :)

    ReplyDelete
  12. merokok mmg membazir duit . klu mkn dgn jumlah rm rokok tu , dah kenyang perut kan ...

    ReplyDelete
  13. sy ada adik bradik lelaki sorang je...ayat yg bapak sy pernah bgi kt adik sy "klu nampak dia merokok dia akan sumbat semua satu kotak rokok tu kt mulut dia n dia cucuh api bagi sedut semua" Alhamdulillah smpi lani takde la dia merokok... ;)

    ReplyDelete
  14. Paling pantang tgk lelaki merokok. Pening kepala eden hidu bau rokok -.-

    ReplyDelete
  15. Kalau filzah pun. tak nak dpt lelaki perokok. Kalau boleh elak mencari yg perokok

    ReplyDelete
  16. wohaaa.....aku pun dah start berhenti merokok gak..nak kahwin la katakan..hhhehe

    ReplyDelete
  17. ahaha...tetibe nampak diri sendiri dlm caption. okay. dah faham.
    sapa kata lelaki merokok nmpk macho? tak setuju 100%.
    saya sentiasa doa agar dihindari drpd jodoh yg merokok

    ReplyDelete
  18. aku dah berjaya berhenti merokok sejak 3 bulan lepas. huahuahua..

    ReplyDelete
  19. boleh buat tittile drama nanti, suami ku bukan perokok. hahaha

    ReplyDelete
  20. betul tu.. bak kata abah bella "rokok tu bakar duit" lgpun fatwa dah ckp rokok tu haram . hehhe

    ReplyDelete
  21. tahniah kerana tidak merokok!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. baguslah tak merokok... baru hensem... perokok ni walau spray minyak wangi sebotol pun tetep bushuk...hheee

    ReplyDelete
  23. hehehe..kak ana salah faham nick...so sorry teacher... :) :)

    ReplyDelete
  24. selamat berjaya.. bro.... tapi apa faedah merokok ni..kenyang asap ada le ;P he..he

    ReplyDelete
  25. Takutnya warning dari mak kau tu . HAHAHA.


    kekadang hisap rokok jugak tapi tapau member jelaa. x kuasa nak beli sendiri lol .

    ReplyDelete
  26. rokok membahanayan kesihatan..chehhh... Amaran kerajaan m'sia lahhh

    ReplyDelete
  27. mcm kenal je pengomen tu...haha! baguslah tak merokok. Role model yg baik utk anak murid :)

    ReplyDelete
  28. x yah la merokok. memendekkan umur & burukkan kesihatan. Duit beli rokok kalau simpan hari2 boleh beli kereta hahaha

    ReplyDelete
  29. bagusla x merokok....i don't like smoker... :)

    salam dr member lama..hihi

    ReplyDelete
  30. Klu cikgu hsp rokok..nanti anak murid ikut sekali..hehehhe

    ReplyDelete
  31. betul.. cikgu tidak boleh menghisap rokok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.