Ayat Putus Cinta Dan Ayat Break Up Yang Paling Cliche

Ayat Putus Cinta Dan Ayat Break Up Yang Paling Cliche l Sebut je pasal putus cinta atau break up ni, mesti ramai yang tengah dilema dalam hubungan dan juga masih tak boleh nak teruskan kehidupan. Yang dah putus cinta tu, tak perlu la pandang belakang hubungan lama tu, maju ke hadapan dan jangan fikir lagi kenangan silam. Bukan mudah nak putus cinta ni, sebab nak kena bagi alasan yang kukuh nak putuskan hubungan tu. Tapi jangan risau, kalau hilang idea untuk minta putus dengan boyfriend dan girlfriend korang, boleh cuba ayat-ayat break up yang paling cliche ni. 

Boleh guna ayat putus cinta kat bawah. Sebarang risiko, korang tanggung sendiri la ye.

Ayat Putus Cinta Dan Ayat Break Up Yang Paling Cliche

Awak berhak dapat orang yang lebih baik dari saya.

Saya dah tak rasa apa-apa dari hubungan kita.

Keluarga saya tak suka dengan orang dari negeri.....

Saya takde harta, takde rupa paras yang awak idamkan..saya terpaksa undur diri demi kebahagian awak.

Saya dah buat istikharah dan saya tak nampak awak dalam tu.

Saya nak kejar cita-cita dulu..saya harap awak faham.

Saya tak nak rampas awak dari dia.

Saya terpaksa lepaskan awak..mintak maaf sangat sangat..hmm tak baik couple-couple dalam agama kita ni.

Saya nak bertunang dengan pilihan mak saya.

Saya nak kerja kumpul duit dulu.

Maaf, mak saya tak restu hubungan ini..awak tahu kan saya memang sayang kat awak.

Saya ada perkara lain yang penting nak uruskan buat masa ni.

Saya sayang awak, tapi sayang dia jugak. Nak kena kahwin dua-dua ke?

Kita ni banyak perbezaannya.

Saya masih tak boleh nak lupakan ex saya.

Kalau ada jodoh, jangan risau..kita pasti bersatu semula.

Saya takut dengan komitmen.

Awak terlalu baik untuk saya..saya rasa tak layak untuk awak.

Mak saya memilih sikit..dia nak bakal menantu dia kerja kerajaan baru terjamin masa depan.

Saya masih ambil berat tentang walaupun kita tak bersama.

Awak memang tak pernah faham saya.

Saya tak bersedia lagi la untuk semua ni.

Saya ada barah otak , saya tak nak awak sunyi bila saya dah takde nanti . Awak cari lah yang sihat supaya awak boleh terus bahagia.

Saya yakin sesiapa yang jadi pasangan awak nanti, dialah orang yang paling bertuah.

Awak dah banyak berubah..saya nak awak yang macam dulu bukan yang sekarang.

Mak saya dah carikan jodoh untuk saya..saya kena ikut pilihan mak saya kalau nak bahagia.

Walaupun kita tak ada jodoh, tapi saya masih nak kita berkawan.

Saya sayang awak,tapi macam kawan je..tak lebih daripada tu.

Saya perlukan ruang untuk bersendirian.

Buat masa ni, saya nak fokus pada kerja/belajar/keluarga saya dulu.

Saya harap hubungan kita ni menjadi,tapi nampaknya setakat ini jodoh kita.

Saya tak mampu bersama awak lagi.

Antara kita, kita punya matlamat hidup ni berbeza.

Sebelum nak break up tu, fikir dulu betul-betul dan buat keputusan yang tepat. Bukan apa, takut menyesal kemudian hari je..lepas tu terhegeh-hegeh cari balik orang yang kita putuskan hubungan tu. Yang putus cinta tu, jangan bersedih. Never cry for the person who hurt you. Just smile and say "thanks for giving me a chance to find someone better than you."

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau dah jodoh tak kemana. Putus boleh sambung semula

    ReplyDelete
  2. ada gak ayat yang aku pernah guna nie hahaha

    ReplyDelete
  3. macam kena kat diiri sndri je ni..hahahahahah

    ReplyDelete
  4. ayat klise tapi mmg selalu diguna tu terutama dlm drama tv heh..heh..

    ReplyDelete
  5. hehehe....mmg banyak ayat cmne dlm drama melayu sekarang...

    ReplyDelete
  6. Nih ayat org tak matang 😂 straight forward je senang. Kesian pasangan yg kena pikir hint2 nih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.