9 Tips Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Mudah

9 Tips Bercakap Dalam Bahasa Inggeris Dengan Mudah l Masuk tahun ni dah 3 tahun aku mengajar bahasa inggeris di sekolah. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah takut dan tak yakin nak bercakap guna bahasa inggeris. Walaupun dah berkali-kali aku cakap, "Please ask me in English if something I have written is not clear". Kemudian ada yang angkat tangan bertanya "Sir, soalan ni nak jawab macam mana ye?". Bagi pelajar yang bertanya dalam bahasa malaysia, aku akan paksa mereka tanya balik dalam bahasa inggeris sehinggalah berjaya cakap. Bagi pelajar yang bakal menduduki PT3, MUET dan mereka yang baru nak belajar bercakap dalam bahasa inggeris, tips dan cara untuk bercakap dalam bahasa inggeris sebenarnya mudah sahaja.


TIPS BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH

1. BERHENTI TERJEMAH SETIAP PERKATAAN DALAM BAHASA MALAYSIA
Pertama sekali, ubah cara pemikiran dari terjemah setiap perkataan dalam bahasa malaysia ke bahasa inggeris setiap kali anda fikirkan sesuatu. Sebagai contoh : anda ternampak seorang gadis yang cantik di taman permainan. Perkara pertama yang anda fikir mestilah "Siapa nama gadis tu?", "Dia buat apa kat sini?", "Dia masih single ke?" dan macam-macam lagi. Kalau anda nak cepat mahir bercakap dalam bahasa inggeris, cuba tukar cara pemikiran dari bahasa malaysia ke bahasa inggeris. Contohnya : "What is her name?", "What is she doing here?", "Is she still single?" dan seterusnya. Bila anda mula berfikir dalam bahasa inggeris, anda akan lebih peka bagaimana cara untuk menyebut sesuatu perkataan dan lebih mudah untuk anda bercakap dalam bahasa inggeris nanti.

2. BERCAKAP DI DEPAN CERMIN
Pilih satu topik dan set masa selama 5 minit. Kemudian, berdiri depan cermin dan cuba cakap dalam bahasa inggeris berdasarkan topik yang dipilih. Katakanlah anda memilih tajuk "My Ambition". Cuba cakap seberapa banyak yang boleh selama 5 minit tanpa henti. Semasa bercakap dan tiba-tiba tersangkut sebab tak tahu maksud sesetengah perkataan. Contoh anda nak cakap "I want to be an astronaut" tapi tak tahu perkataan astronaut (angkasawan) dalam bahasa inggeris. Cuba tukar perkataan yang tak faham itu kepada bentuk yang lebih mudah dengan menerangkan perkataan yang anda tak faham itu. Contoh : "I want to be a person who goes to outer space". Maksudnya sama sahaja. 



3. BERCAKAP DENGAN KAWAN
Kali ini cuba berlatih bercakap dalam bahasa inggeris dengan kawan-kawan. The more you practice speaking English, reading English, listening to English, and writing in English the better you will get. Mungkin anda boleh guna topik yang sama semasa berlatih bercakap di depan cermin untuk bercakap dengan kawan-kawan. Sebut dengan jelas supaya perkataan yang disebut itu difahami oleh kawan anda. Jika anda tidak memahami perkataan atau ayat yang disebut oleh kawan anda, jangan diam atau berhenti bercakap. Sebaliknya, cuba cakap pada kawan anda dengan menggunakan ayat ini :
  • I am learning English. Could you speak a little slower?
  • I am sorry, I didn’t understand.
  • Could you repeat that?” 
  • So, you’re saying that…............ [ulang balik apa yang anda dengar]. 
  • “What does................... mean?
4. LATIH BERCAKAP DENGAN TONGUE TWISTER
Tongue twister adalah rangkaian perkataan yang susah untuk disebut dan biasanya disebut dengan laju. Contoh tongue twister : "How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood?". Ulang sebanyak 3 kali dengan laju. Terbelit lidah kan?hehe. Tongue twister ini bagus untuk pronunciation sebab anda akan dapat tahu tempat yang betul di mana bibir dan lidah patut berada bila sebut sesuatu perkataan. Cuba sebut tongue twister kat bawah ini.


5. BETULKAN CARA SEBUTAN (PRONUNCIATION) 
Sesetengah orang malu untuk bercakap dalam bahasa inggeris sebab tak yakin dengan sebutan perkataan yang mereka nak cakapkan itu walaupun mereka tahu maksud. Sebagai contoh perkataan : entrepreneur (usahawan). Sebutan yang betul ialah /ɒntrəprəˈnɜːr/ .Sebab itulah penggunaan kamus elektronik diperlukan untuk membantu dalam menyebut perkataan dalam bahasa inggeris dengan betul. Untuk aplikasi kamus percuma, boleh download kamus WordWeb ke laptop atau smartphone di sini. Di bawah adalah senarai perkataan bahasa inggeris di mana cara untuk menyebutnya adalah dengan tidak menyebut (silent) huruf yang tertentu. Contoh : Wednesday. Cara sebutan ialah Wenesday, huruf 'd' tetap ada pada "Wednesday cuma kita tak sebut.



6. PERBANYAKKAN VOCABULARY DENGAN MENONTON FILEM
Kurangnya perbendaharaan kata (vocabulary) dalam bahasa inggeris akan menyebabkan komunikasi tersangkut. Cara untuk tambah vocabulary ialah dengan menonton filem inggeris. Pastikan sarikata (subtitle) juga dalam bahasa inggeris. Kalau belajar tambah perkataan baru melalui buku, anda hanya tahu maksud perkataan itu sahaja dan tak tahu macam mana perkataan itu digunakan. Contoh perkataan : detective (penyiasat). Berbanding dengan menonton filem, perkataan "detective" membawa banyak maksud dan anda juga diterangkan penggunaannye dengan jelas melalui watak yang dilakonkan. Contoh : "detective" mungkin panggilan untuk seseorang (“Detective Nick”) atau mungkin ia adalah kata nama yang menunjukkan pekerjaan (he’s a detective). Selain itu, anda juga tahu cara perkataan itu disebut dengan tepat dan betul.


7. PERBANYAKKAN VOCABULARY DENGAN SINOMIN DAN ANTONIM
Sinonim adalah perkataan yang sama maksud dan antonim adalah perkataan yang berlawanan. Jangan bergantung pada satu perkataan sahaja semasa bercakap. Lebih banyak perkataan yang anda tahu, lebih mudah untuk berkomunikasi. Contoh perkataan "happy", cuba variasikan dengan guna perkataan lain yang sama maksud seperti "pleased", "delight", "glad" dalam ayat. Walaupun ayat anda gunakan untuk bertutur dalam bahasa inggeris tu simple, tapi disebabkan penggunaan sinonim dan antonim, orang akan teruja.


8. BELAJAR TENSES
Ada vocabulary sahaja tak cukup menguasai bahasa inggeris dengan berkesan. Perlu ada sekurang-kurang basic knowledge tentang tenses supaya ayat yang disebut itu tidak mengelirukan. Secara asasnya, ada 12 tenses yang perlu diketahui dalam menguasai bahasa inggeris ini. Tetapi, bagi yang baru nak belajar bahasa inggeris, sekurang-kurangnya perlu tahu 3 tenses yang utama iaitu, present tense, past tense dan future tense. Anda boleh tengok slides yang disediakan di bawah untuk lebih faham peraturan bagi present tense, past tense dan future tense. Untuk tahu lebih lanjut tentang present tense, past tense dan future tense, boleh baca di sini ---> Belajar Bahasa Inggeris – Past Tense, Present Tense dan Future Tense

VERB IN SIMPLE PRESENT TENSE

RULES FOR THE 3RD PERSON SINGULAR  (HE / SHE / IT)


VERB IN SIMPLE PAST TENSE

VERB IN SIMPLE FUTURE TENSE

VERB TO BE IN PRESENT, PAST, FUTURE TENSES

9. SEDIAKAN SATU BUKU NOTA TENTANG AYAT BAHASA INGGERIS
Tips yang terakhir, sediakan satu buku nota ringkas untuk menulis ayat-ayat dalam bahasa inggeris untuk kegunaan harian berserta maksudnya sekali dan kemudian hafal. Cara ini dapat membantu anda menggunakan bahasa inggeris dengan cepat dalam perbualan. Contoh seperti di bawah.
  • I’ve heard so much about you : saya ada dengar banyak cerita tentang awak.
  • I almost didn’t recognize you! : saya hampir tak cam awak.
  • I’m so pleased to meet you     : gembira jumpa awak.
  • Do you mind me asking          : boleh tak kalau saya tanya?
  • Hi, …! Long time no see!        : hai, lama tak jumpa!

Tunggu apa lagi, lets start speaking English now.

Post a Comment

10 Comments

  1. bertahun-tahun belajar english msh juga xfaseh heh..heh..

    ReplyDelete
  2. I will share these tips with my pupils next week. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Isk...pelat lidah cik akak nak menyebut..hahaha...
    Tipw yang menarik...gigih cik akakk ulang baca entri..

    ReplyDelete
  4. wow!! amazing bro..thanks

    ReplyDelete
  5. mesti dekat sekolah students ramai suka haha

    ReplyDelete
  6. baguslah tips ni banyak membantu

    ReplyDelete
  7. Thank you for the tips sir

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.