Hati-Hati! Mungkin Ada Ular Dalam Mangkuk Tandas Rumah Anda

Bayangkan semasa nak buang air dalam mangkuk tandas, ada ular tedung yang besar dan panjang berlingkar dalam mangkuk tandas rumah. Kepala dan lidahnya terjulur keluar semasa korang tengah lepaskan hajat tu. Rasanya ada yang lari lintang-pukang, berteriak sakan. Itu kalau nampaklah...kalau tak nampak...terus duduk..oh tidak.



Sesuatu yang mungkin tak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa atau di mana sahaja. 

Sebelum nak lepaskan hajat tu, tengok dalam lubang atau jirus air terlebih dahulu. Nak pastikan ada tak makhluk yang tak diundang disitu, mungkin ular atau lipan.

Kalau berhadapan dengan perkara macam ni...jangan panik. 

Cari tutup penutup tandas supaya ular tu tak keluar. Kalau tandas yang jenis cangkung, cari papan atau apa-apa sahaja yang bersaiz lebar untuk tutup bahagian atas.Terus hubungi pihak berkenaan seperti bomba. Mereka ada kepakaran menangkap ular. Jangan tangkap sendiri ye..bahaya. Elok lari selamatkan diri dulu..hehe.

Post a Comment

10 Comments

  1. takut aih.. dulu kat opis pernah ada staff nmpak tikus jekeluar dr situ. tu pun da kecoh kalau ular lagi laaaaa

    ReplyDelete
  2. huishh..kengerian ni

    ReplyDelete
  3. dgn ular ni seram hbs...musim panas biasanya ular suka masuk ke rumah terutama rumah rendah atas tanah...mmg kena hati2...

    ReplyDelete
  4. serammmm bila mikir ulaarrr... hahaha..isk! tak dpt bayang klu ada kt lubang tandas rumah kak...uhuhu

    ReplyDelete
  5. huuu!!! pengsan nampak...peniak jg mohon dijauhkan..)

    ReplyDelete
  6. asyik terbayang je setiap kali nk membuang :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.