Aku rasa jika pinjaman setakat 20k tu rasanya dah cukup untuk
sebuah perkahwinan yang sederhana. Tak perlulah nak bermewah jika tak mampu. Jangan la sebab nak menunjuk ke hape sampai sanggup nak berhutang. Sanggup ke nak bayar hutang rumah, hutang kereta tambah lagi dengan hutang kahwin.
Tepuk
dada tanyalah poket. Kalau nak mewah-mewah sangat
pergi usha anak-anak orang kaya. Tapi kan bila difikir balik rasa macam kurang nikmat hidup kahwin dengan orang
kaya dan dapat segalanya depan mata serta merta berbanding kahwin
dengan orang biasa dan berusaha bersama-sama sampai jadi kaya. Itu baru puas
hati. Apa pun, terpulang pada diri masing-masing :)
21 Comments
Cubalah kalau ada mana2 pihak yang sudi menganjurkan acara kahwin beramai2 seperti yang pernah kita tengok sebelum ni kan bagus...
ReplyDeleteJarang kita dengar kan...
Kalau ada jimat belanja pasangan dan keluarga...juga kurang andartu / bujang terlajak...juga maksiat..
belanja kenduri kahwin ni mmg mahal. tp terpulanglh pada kemampuan sendiri. jgn sebab nk majlis kahwin grand sanggup bergolok bergadai...
ReplyDeleterasa cam ne nak hapuskan trend pinjam duit untuk kahwin..... kahwin buat kecik2 tanpa pinjam tak ok ke?
ReplyDeleteelok belanja di bawah kemampuan bukannya di luar kemampuan. Takut tak terbayar semua kos pinjaman. Last-last digilar muflis di usia muda.
ReplyDeleteMemang tak patut laa buat pinjaman sebesar tu..sakit bila nak membayarnya nanti..
ReplyDeletedepend kepada niat masing2. kalau nak selamat hidup lepas kawin better blajar berjimat cermat.
ReplyDeleteyg murah lg diberkati =)
Dapat kahwin tapi berhutang pun tak best juga :)
ReplyDeletetak payahla buat mewah2, simple pun cukup, kata orang, ala kadar je..janji ckup syart....
ReplyDeletewah. Ukur baju di badan sendiri je la. Takut tak terdaya dengan semua hutang hutang tu nanti.
ReplyDeletesusah kalau nak cakap macam ni... susah
ReplyDeleteselalunya kita akan paham bila kita melalui situasi tersebut.
errkkk ?? banyaknya !!
ReplyDelete>.<
menabung drp awal . sikit2 lama2 jadi bukit . klu blh byr bill internet setiap bln , takkan x leh buat simpanan kahwin kan ! seeloknya bila nak kawin nanti , pastikan hutang tu hanya tggl 50 % / krg drp tu .
ReplyDeleteHutang tak dapat dielakkan, cuma elakkan berlebihan dan tengok kemampuan..keluarga kena faham, bukan majlis tu yg buat anak2 bahagia..kahwin mewah tapi hidup dgn beban hutang..mana satu terbaik
ReplyDeletebanyak gila pinjam, sakit gk kalau nak bayar nanti ni...
ReplyDeleteUkur baju d badan sndri sepatutnye..lau tak mampu nak buat besar2, buat je kenduri sederhana kat rumah..jemput sedara mara sudah..hehe
ReplyDeleteYg pnting nikah, kenduri tu buat setakat mampu sudahlah. Takyah la nak lawan Che Ta pulak kan... Haha
ReplyDeletekalau semata-mata nak menunjuk sampai buat pinjaman gitu punya banyak, hmm..jangan nnt lpas kawin sampai tua tanggung hutang..adoi
ReplyDelete85 ribu? uih..byk sgt aih..ritu akak kwen xda la smpai byk cmtu..ok je, jadi je kenduri tuh..
ReplyDeletedahulukan yg wajib (^_^)
ReplyDeletePerh... Aku takkan pinjam macam ni. Anak dah besar pun hutang tak habis.
ReplyDeleteZH Blogger
berfikirlah... sebelum berhutang...
ReplyDeleteBUAT SIMPANAN rm100 untuk sebulan pon dah mencukupi... (sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.