Kepada Perempuan : Bahaya Pakai Jeans Ketat

Memakai jeans ketat boleh menjadi penyebab kepada JANGKITAN FARAJ. Jeans ketat seperti skinny jeans (juga legging dan seluar dalam) mengurangkan pengaliran udara ke kawasan faraj. Ini meningkatkan tahap kelembapan di sekitar faraj dan vagina, seterusnya menyediakan kawasan perumahan yang sesuai untuk yis, bakteria, virus dan parasit.  
 

Selain jeans ketat, jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga berlaku kerana :
  • Tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah mengalami putus haid (menopaus) menyebabkan vagina kering
  • Alergik kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian
  • Tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak
  • Jangkitan daripada pasangan melalui aktiviti seks (sexually transmitted disease - STD)
Ajarlah anak-anak atau adik-adik anda untuk membasuh kawasan kemaluan dari depan ke belakang bukan sebaliknya, kerana dikhuatiri kuman dari saluran dubur akan menjangkiti faraj. Vulvovaginitis adalah jangkitan yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak sesuai untuk menghindari jangkitan kuman.

Antara tanda-tanda yang perlu kita sebagai perempuan ambil tahu, ialah :
  • Gatal-gatal di sekitar kemaluan
  • Ruam panas
  • Keluarnya cecair dari faraj
  • Vagina berbau
  • Tidak selesa atau sakit ketika melaksanakan hajat kecil
Perhatikan warna cecair faraj sama ada hijau kekuningan, putih atau kekelabuan. Periksa cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas hubungan kelamin, terutamanya jika baunya hanyir seperti ikan.  
 
 Tanda-tanda jika anda mengalami penyakit vulvovaginitis di faraj
 
Kenapa perlunya merawat vulvovaginitis? Untuk mengelakkan situasi yang lebih teruk seperti pendarahan di luar waktu haid, kesakitan semasa berhubungan kelamin dan mengelakkan daripada ulser.

Sila rujuk doktor di klinik dengan segera supaya anda mendapat rawatan antibiotik atau krim untuk disapu untuk mengurangkan keradangan dan merawat jangkitan.

Jika doktor anda mengenalpasti bahawa jangkitan ini adalah disebabkan STD, pasangan anda juga perlu dirawat. Jika tidak, jangkitan akan berulang kembali. Oleh itu, silalah jawab soalan-soalan doktor dengan sejujurnya, jika anda sayangkan diri anda.

sumber : http://www.heliantuse.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum. Tiba2 terblogwalking sini. Terima kasih sebab improve artikel saya dan bagi kredit rujukan. I believe sharing is caring..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.