Cara Nak Kecilkan Pipi Tembam


Aku rasa comel kot perempuan kalau pipinya tembam dan gebu. Kalau tengok dekat traffic sources tu ramai yang duk tanya encik goggle cara nak kecilkan pipi tembam. Kadang-kadang nak gelak jugak rasanya..hewhehww. Sebelum ne pun aku dah ada tulis entry BAGAIMANA NAK KECILKAN MUKA DAN PIPI. Korang baca la ye.

                                                  CARA NAK KECILKAN PIPI TEMBAM                                 

1. Kena selalu buat latihan mengeja A E I O U. Kalau boleh masa nak tidur tu tengah baring boleh la duk mengeja sorang-sorang. Nak best sikit nyanyi lagu DO RE MI. Jangan kuat sangat,malu orang dengar. Buat la setiap pagi semasa nak mandi ke, time nak mekap ke dalam tempoh 5 minit sebanyak 10 kali! Sebut dengan perlahan tapi penuh perasaan. Dilarang buat latihan ini semasa makan nasi ye!

2. Selepas anda bangun sila topangkan siku pada lutut dan tapak tangan tu sentuh ke dua belah pipi. Tekan pipi anda sekuat yang boleh bagi sampai muncung mulut anda. Jangan buat semasa roomate anda ada, sebab tak pasal-pasal dapat penampar sebab comel sangat buat macam tu..hohoho..Biarkan selama beberapa minit dan pastikan muka ditampung sepenuhnya oleh telapak tangan!

3. Selalu makan chewing gum. Ramai orang kata makan chewing gum pipi jadi kecik. Pegi market terus beli sepeket chewing gum untuk stok sebulan.

4. Cari je produk-produk yang boleh mengecilkan pipi tu. Tapi jangan berani pulak pergi buat operation semata-mata nak pipi kecik dan cantik. Tersilap operate nanti jadi cyborg. Syukurlah dengan apa yang kita ada ye.

Post a Comment

9 Comments

  1. hehe..
    pp saya ni mmg dari dlu tembam even bdn kecik je..
    bia je la kan..
    aset tu..ngeh3

    ReplyDelete
  2. hahah,,pipi tembam la nampak comel
    xpa,biar je camtu :)

    ReplyDelete
  3. buat pe nk kecikkan? comel je kalau tembam pn..haha
    nice entry, agak kelakar..haha

    ReplyDelete
  4. pipi tembam tu aset mahal,,kalo xmo bagi je kat orang laen..huhu

    ReplyDelete
  5. makan chewing gum berkesan ea? hoho.. tp ramai gak yg still tembam. hehe

    ReplyDelete
  6. hahah,,xtaw la berkesan ke x..kalo nak berhenti hisap rokok chewing gum la jawabnye.

    ReplyDelete
  7. Tembam gk xtau nak wat cm ne dh..ehh...assalammualaikum..tumpang lalu...

    ReplyDelete
  8. perut dah kempis, tp pipi x mau kempis,
    kene cuba tips ni, harap2 berkesan... :)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.