Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung

Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya 22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan dengan 43 peratus mengakui tidak mampu memiliki insurans perubatan dan kesihatan. Satu jumlah yang agak besar! Bayangkan situasi luar jangka atau kecemasan ini berlaku pada diri korang seperti masalah kesihatan yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau kemalangan yang memerlukan pembedahan segera. Worst case scenario, korang salah seorang daripada mereka yang tidak memiliki sebarang talian hayat medical card atau insuran.

Memang tak dinafikan perlindungan takaful memerlukan contribution bulanan/tahunan yang tinggi. Saya secara personal memang agak terasa dengan bayaran RM300 setiap bulan untuk insuran perubatan dengan sebuah syarikat insuran. Secara tak langsung, ianya telah mengganggu aliran tunai bulanan dan menyebabkan wujudnya rasa bebanan, lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan sederhana.

Platform perkongsian komuniti untuk bil perubatan serendah RM10 sebulan dengan pelbagai jenis perkongsian manfaat perubatan untuk dinikmati.

Memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, program perkongsian komuniti untuk bil perubatan telah ditubuhkan oleh Lyndung Sdn. Bhd. Program ini diasaskan dengan harapan dapat membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka dan menjadikan kemudahan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses dan berpatutan.

Lyndung Sama Seperti Insuran  Atau Takaful Medical Card?

Kalau korang pertama kali dengar mengenai Lyndung, mesti korang fikir ianya sama seperti takaful atau insuran medical card yang lain. Sebenarnya tidak. Hanya fungsinya sahaja yang sama iaitu untuk membantu client yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, tapi dari segi kos rawatan ianya jauh lebih murah dan jimat berbanding dengan medical card biasa.

Shamsuddin Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung mendukung usaha pendemokrasian industri penjagaan kesihatan di Malaysia melalui program perkongsian bil ini.

Untuk pengetahuan korang, Lyndung Sdn. Bhd bukan sebuah syarikat insuran atau takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans atau takaful. Ianya merupakan sebuah platform komuniti perkongsian (community sharing) dimana jika ahli komuniti Lyndung ditimpa musibah kesihatan, mereka akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Haaa...inilah konsep yang dihidupkan oleh Lyndung. Menarik kan cara perkongsian bil perubatan sesama ahli komuniti? Nak tahu lagi, teruskan pembacaan korang.

Perkongsian Bil Perubatan Patuh Syariah Melalui Lyndung

Lyndung bukan program insuran atau takaful namun ianya sebuah platform komuniti perkongsian patuh syariah yang mana setiap peserta hanya perlu menyumbang tidak lebih dari RM50 untuk mendapatkan perlindungan perubatan & rawatan hospital bernilai RM1 juta dengan yuran keahlian serendah RM10 setiap bulan. Menarik dan sangat jimat kan?

Lyndung.My ,platform perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang lebih murah.

Berikut adalah bagaimana Lyndung berfungsi:

1. Pendaftaran Ahli

Sebagai permulaan, pendaftaran hanya terbuka kepada individu sihat tanpa penyakit sedia ada berumur 18-40 tahun. Jika korang rasa terbeban dengan bayaran bulanan medical card yang mahal, Lyndung adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua kerana program ini menawarkan fi keahlian yang rendah iaitu hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun. Disamping fi keahlian, ahli juga perlu memberikan Sumbangan Perkongsian Awal sebanyak RM100 yang akan digunakan untuk perkongsian bil perubatan ahli pada masa hadapan.

Paparan grafik bagi fi keahlian dan sumbangan perkongsian awal Lydung. Untuk paparan lebih jelas, boleh (klik disini).

2. Perkongsian Bil Perubatan  Bersama Ahli Komuniti

Bil perubatan akan dikongsi sama rata bersama ahli komuniti. Sebagai contoh, jika pada bulan Mac terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. Ini menjadikan perkongsian pada bulan tersebut adalah RM50 seorang. Sumbangan perkongsian ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal tadi.

Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. Ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. Ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka. Ini kerana jika baki Sumbangan Perkongsian ahli mencecah RM50 atau kurang, ahli hendaklah menambah nilai baki Sumbangan Perkongsian kembali ke RM100.

Perkongsian hanya berlaku apabila ada diantara ahli komuniti memerlukan rawatan perubatan. Untuk memahami proses perkongsian bil perubatan dengan lebih jelas boleh (klik disini).

Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. Dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Malah ahli juga dapat beramal dengan bersedekah, sama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan.

Manafaat Menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung

Terdapat pelbagai manafaat dan faedah yang disediakan kepada ahli yang mendaftar dengan Lyndung. Selain daripada perkongsian membiayai kos rawatan perubatan lebih dari 200 panel hospital kerajaan dan swasta termasuk Sabah dan Sarawak, korang juga akan mendapat manafat lain mengikut tempoh menunggu atau Waiting Period.

Tempoh Menunggu adalah suatu tempoh masa di mana ahli Lyndung perlu menunggu sebelum kesemua manfaat program boleh dikongsikan. Tujuan tempoh menunggu ini diterapkan ke dalam program adalah untuk memastikan korang berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit kritikal ketika menyertai program, demi menjaga integriti program ini.

Terdapat tiga jenis tempoh menunggu yang ahli perlu lalui.

Tempoh menunggu pertama 60 hari selepas berjaya mendaftar sebagai ahli

Tempoh Menunggu 60 Hari
Tempoh menunggu yang pertama adalah selama 60 hari. Tempoh ini akan bermula sebaik sahaja pendaftaran sebagai ahli Lyndung berjaya. Semasa di tempoh menunggu ini, korang layak untuk berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000.

Selain itu, jika ahli Lyndung meninggal dunia, waris ahli akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. Bantuan khairat kematian ini akan diterima sebaik sahaja waris telah mengesahkan identitinya sebagai waris dan kematian ahli Lyndung tersebut kepada Pentadbir Program.

Tempoh menunggu kedua dari hari ke 61 sehingga hari ke 180

Tempoh Menunggu 180 Hari
Tempoh menunggu kedua bermula pada hari ke 61 sehingga hari ke 180. Semasa tempoh menunggu ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah layak untuk dikongsikan. Perkongsian bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah sehingga RM1 juta setahun. Bil perubatan untuk penyakit khusus tidak termasuk di dalam tempoh menunggu ini.

Tempoh menunggu 180 tamat dan korang layak untuk dapat semua manafaat.

Tempoh Menunggu Selesai
Setelah Tempoh Menunggu 180 Hari tamat, korang akan layak untuk berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan. Perkongsian bil perubatan ini adalah sehingga RM1 juta setahun.

Setelah tempoh menunggu selesai, jika korang memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang sebagai pesakit luar, korang juga boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM100,000. Selain itu, korang (Penerima) juga boleh berkongsi bil untuk permindahan organ bersama ahli komuniti sehingga RM20,000.


Antara manafaat -manafat lain yang boleh dinikmati oleh ahli Lyndung

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, ahli Lyndung juga layak untuk mendapat manfaat seperti berikut:

a. 200 hospital panel di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
b. Perkhidmatan servis ambulans untuk kecemasan sehingga RM250
c. Bilik & penginapan hospital sehingga RM150 sehari
d. Pendapat kedua untuk pembedahan 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital

Senarai keseluruhan manfaat yang boleh dikongsi, senarai perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi dan senarai penyakit khusus boleh didapati di perkara 7, 8 dan 10 di dalam Manual Ahli.

Pendaftaran Mudah Melalui Aplikasi Web Lyndung

Jika korang berumur 18 - 40 tahun dan tidak mempunyai rekod masalah kesihatan lampau, korang layak untuk mendaftar program ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung. Pada masa yang sama, Lyndung juga bercadang menaikkan had umur kepada 50 tahun tidak lama lagi.

Untuk pendaftaran boleh tekan pada link diberikan :
Proses pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 minit. Untuk panduan pendaftaran, korang boleh tengok disini jika tidak faham. (Panduan Pendaftaran Lyndung).

Korang dikehendaki memuat naik MyKad yang mana ianya adalah sebahagian daripada proses eKYC, dan korang perlu melengkapkan semua proses eKYC yang dikendalikan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. untuk menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung. Proses ini selamat untuk dilakukan kerana pihak Lyndung telah memlilih penyedia perkhidmatan yang telah melalui proses pengesahan teknologi serta mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Disini dikongsikan paparan bayaran Lyndung untuk pemahaman yang lebih jelas:
Harga Fi Pendaftaran Perkongsian Komunti Lyndung Untuk Bil Perubatan

Apabila telah siap daftar, korang kena pastikan Sumbangan Perkongsian (Initial Sharing Contribution) sentiasa mencukupi iaitu RM100 dan untuk terus menjadi Ahli Aktif dengan membayar Fi Keahlian (Membership Fee) bulanan sebanyak RM10 atau tahunan RM120.
 

Panduan Kemasukan Ke Hospital Jika Ditimpa Musibah

Korang juga akan menerima pengalaman yang serupa dengan mereka yang mempunyai medical card apabila mendapatkan rawatan di hospital. Sebagai contoh, ahli yang memerlukan rawatan boleh ke hospital kerajaan atau swasta panel eMas (rujuk disini) dan menunjukkan MyKad dan e-kad Lyndung di kaunter kemasukan hospital. Pihak hospital kemudiannya akan menghubungi TPA Lyndung untuk membuat pengesahan. Setelah pengesahan dibuat, pihak TPA akan mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan ahli tersebut boleh meneruskan untuk mendapat rawatan. 

Jadi sebahagian daripada Komuniti Lyndung untuk bil perubatan murah lebih daripada 200 panel hospital di Malaysia

Urusan mendapatkan Guarantee Letter (GL) diuruskan oleh eMAS, Exemius Medical Administration Solutions. Prosesnya adalah mirip dengan proses kemasukan ke hospital menggunakan medical card biasa.

Sijil Patuh Syariah Program Perkongsian Komuniti Lyndung

Untuk pengetahuan korang, Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah pada 1 Disember 2022 daripada Tawafuq Consultancy Sdn. Bhd, menjadikan ia sebuah program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang patuh Syariah. Tambahan pula, ianya juga diurus tadbir oleh Bumiputera iaitu Shamsuddin Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung.
Sijil patuh syariah yang telah diberikan kepada program perkongsian komuniti Lyndung

Perkongsian Komuniti Lyndung Di Media Sosial

Selain daripada itu, informasi dan maklumat mengenai perlindungan perubatan Lyndung yang serendah RM10 sebulan juga turut dipaparkan di dalam media seperti Berita Harian, Smart Investor dan Sharlife. Pada masa yang sama, pihak TV3 juga turut membuat liputan tentang Lyndung ini.

Artikel tentang Lyndung tawar perlindungan perubatan serendah RM10 sebulan yang diterbitkan di dalam Berita Harian April 2023.

Artikel dari majalah Smart Investor yang memaparkan kisah disebalik penubuhan program perkongsian komuniti Lydung oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh.

Mudah-mudahan liputan daripada pelbagai media mengenai Lyndung ini akan menjadi asbab kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan, tahu tentang program perkongsian komuniti untuk bil perubatan Lyndung.

Oh ya, kalau korang yang nak tahu maklum balas daripada ahli yang telah mendaftar dengan Lyndung, boleh klik pada bahagian testimoni (rujuk disini). Alhamdulillah, setakat ini kebanyakkan berpuas hati dengan Lyndung sebagai perkongsian komuniti yang mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dengan pelbagai manafaat yang ditawarkan.  

Jangan Bertangguh Dengan Persediaan Menghadapi Hari Sakit

Usah bertangguh lagi, sebab kita tak tahu bila sakit datang, tak boleh jangka kita ditimpa kemalangan dan perlukan wang yang banyak untuk rawatan. Sangat menyedihkan sekiranya terjadi kemalangan dan waris tidak terbela disebabkan oleh penangguhan yang kita lakukan.

Jika korang tak nak ada komitmen ambil medical card atas sebab-sebab kerja tak tetap, kerja kontrak atau bayaran bulanan terlalu mahal, pilihan yang sesuai dan tepat untuk cover bil perubatan ialah dengan mendaftar melalui Lyndung.My. Sekurang-kurangnya bila berkongsi bil perubatan secara sama rata dengan ahli komuniti, korang tak perlu lagi menanggung bebanan seorang diri.


Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian bil perubatan ini, boleh layari laman web :

Jika ada sebarang soalan atau isu yang berkaitan, boleh terus mesej :
Lyndung Support (Whatsapp) 
Lyndung Support (Telegram)

Dapatkan maklumat dan informasi perkongsian bil perkongsian perubatan terkini di :
Facebook Lyndung 
Instagram Lyndung

Post a Comment

0 Comments